20 AMALAN SEBAGAI JADUAL KEHIDUPAN HARIAN USTAZ ISMAIL KAMUS. - Travelog Muslim

Breaking

Join our Official Telegram

Saturday 9 May 2020

20 AMALAN SEBAGAI JADUAL KEHIDUPAN HARIAN USTAZ ISMAIL KAMUS.





Nama beliau sebagai pendakwah tanah air tidak asing lagi bagi masyarakat di Malaysia. Namun, pada tanggal 8 Mei 2020, negara dikejutkan dengan pemergian Allahyarham Dato Ustaz Ismail Kamus dan merupakan kehilangan besar dalam dunia keagamaan dan dakwah. Ramai agamawan dan masyarakat amat sedih dengan pemergian beliau.
Seperti semua sedia maklum, kehidupan beliau amat menitikberatkan tentang agama di dalam kehidupan. Selaras dengan ayat,
"Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia, melainkan untuk beribadah (mengabdikan) diri kepada Ku" (Surah Adz Dzariyaat ayat 56)
Semasa hayat beliau, beliau telah berkongsi dan meninggalkan banyak ilmu yang bermanfaat di dalam setiap tazkirah yang beliau sampaikan kepada masyarakat.
Berikut merupakan antara ilmu yang sangat bermanfaat yang dapat menjadi panduan dalam kehidupan harian kita sebagai hamba Allah S.W.T.
20 amalan sebagai jadual kehidupan harian yang disusun oleh Allahyarham Ustaz Ismail Kamus semasa hayat beliau :
1.    Bangun malam ( sekitar jam 3 pagi )
-mandi dan ambil wuduk
2.    Solat Sunat Wuduk.
3.    Solat Sunat Taubat.
4.    Solat Sunat Tahajjud (8 rakaat).
5.    Solat Sunat Hajat ( minta supayan Allah makbulkan permintaan kita)
6.    Solat Sunat Witir (3 rakaat).
7.    Istighfar (100 kali)
8.    Tahlil (300 kali)
9.    لاَإِÙ„َÙ‡َ إِلاَّ أَÙ†ْتَ سُبْØ­َا Ù†َÙƒَ إِÙ†ِّÙŠْ Ùƒُنتُ Ù…ِÙ†َ الظَّا Ù„ِÙ…ِÙŠْÙ† l(40 kali)
10. Tasbih (40 kali)
11. Solat Sunat Fajar.
12. Solat Subuh.
13. Baca Yaasin selepas Subuh.
14. Solat Sunat Dhuha (6 rakaat).
15. Solat Zohor.
-solat sunat sebelum
-solat sunat selepas
16. Solat Asar
-solat sunat sebelum
17. Solat Maghrib
-solat sunat selepas
18. Solat Isya’
-solat sunat sebelum
-solat sunat selepas
19. Sebelum tidur baca :
– al-Quran
– surah Al-mulk
– surah Sajjadah
– surah al-Waqiah
20. Setiap hari mesti sedekah, walaupun sedikit.
Masya Allah, sungguh hebat kehidupan seorang ulama’ jika hendak dibandingkan dengan kita. Semoga kita dapat mencontohi setiap amalan tersebut sebagai jadual harian kita.
Antara petikan kata-kata Ustaz Ismail Kamus adalah :
“Di dunia bukan tempat untuk berehat, tetapi tempat untuk beribadat.”
 Daripada Abi Huhairah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Apabila seseorang anak Adam itu meninggal dunia,maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dengannya dan anak soleh yang mendoakan untuknya.
(Hadis Riwayat Muslim)
Semoga Allahyarham ditempatkan dikalangan orang  yang mulia di sisi Allah S.W.T

No comments:

Post a Comment