KIT PANDUAN SAMBUTAN AIDILFITRI UNTUK PKPB | JAKIM - Travelog Muslim

Breaking

Join our Official Telegram

Friday 22 May 2020

KIT PANDUAN SAMBUTAN AIDILFITRI UNTUK PKPB | JAKIM



Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) menerbitkan Kit Panduan Khas Sambutan Aidilfitri di Rumah sempena pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Paimuzi Yahya, berkata antara kandungan kit panduan umum sambutan hari raya adalah seperti amalan sunat dan wajib sempena hari raya, panduan takbir, solat dan khutbah hari raya yang boleh dilaksanakan di rumah masing-masing.
Antara yang dikongsi di dalam kit berkenaan termasuk khutbah hari raya yang disampaikan seperti biasa sebelum ini. Khutbah di rumah, tidak perlu kepada mimbar dan tongkat, memadai kerusi atau tempat duduk bagi imam duduk sebentar antara dua khutbah.
Oleh kerana sambutan Aidilfitri tahun ini berlangsung dalam tempoh PKPB, maka kerajaan menyarankan umat Islam supaya menyambutnya secara sederhana dengan mengutamakan amalan yang dituntut dalam syariat Islam sahaja.
Jakim juga mengingatkan umat Islam supaya sentiasa mengamalkan penjagaan kebersihan dan amalan kesihatan seperti penggunaan pelitup muka dan pensanitasi tangan.
Selain itu kit itu juga menyentuh mengenai prosedur operasi standard (SOP) ziarah yang dihadkan hanya pada hari raya pertama saja dan membabitkan ahli keluarga terdekat saja dan tidak melebihi 20 orang sehari mengikut saiz kediaman.
Katanya lagi, amalan sambutan perayaan yang berbentuk tradisi bolehlah ditangguhkan demi menjaga keselamatan dan kesihatan yang lebih utama.
"Sentiasa menjaga penjarakan sosial satu meter dan manfaatkan teknologi maklumat (IT) bagi menggantikan amalan ziarah menziarahi," katanya.
Beliau dan seluruh warga JAKIM turut mendoakan agar semua umat Islam dapat mengamalkan dan mempraktikkan norma baharu dalam menyambut hari raya dan semoga negara kembali pulih daripada pandemik COVID-19.
Untuk mendapatkan kit panduan tersebut, ianya boleh dimuat turun dari portal rasmi JAKIM iaitu http://www.islam.gov.my/ atau Kit Panduan Sambutan Aidilfitri Di Rumah Semasa Covid-19 KLIK DI SINI.

No comments:

Post a Comment